terima kasih yang tak terhingga buat semua yang bertungkus lumus untuk menjayakan request annual dinner 2008!
bermula dari yang menujukan terima kasih kerana membeli, untuk yang ditujukan enjoy your request~, sokongan anda amat kami hargai dan percayalah sepanjang kami membungkus request ni... kami masih tak percaya masih tinggal beratus lagi yang belum dibungkus!! terima kasih atas sumbangan kalian!!!
krew belakang tabir kami yang berkerja sehingga keluar tabir, squad membungkus: syahmy,aqila,mc d,dalila,sarini, squad membakar tarte de choco yum yum: syahme,sarini,tipah,dalila squad pengumpul pelanggan: eman,matin,adib,pijan,kak yasmin, squad memunggah barang: abang fakri,din, squad menjaga kauter mengagih: amer,din,matin,adib,dan pijan.... sugooo!!!!
tak lupa juga kepada semua ajk ppmk kerana sudi berkolaborasi dengan kami. kerjasama anda amat kami hargai~thanks for the great dinner also..and sugooo!!!!
buat senior tahun akhir, semoga hadiah dari rakan rakan dan adik2 menjadi seribu satu kenangan buat anda semua.
di kesempatan ini, kami memohon maaf atas segala kekurangan dan akan kami baiki untuk masa yang akan datang.. untuk sesiapa yang tidak mendapat request yang telah dibeli, maafkan kami jika terlepas pandang dan anda dialu alukan untuk memberitahu kami dan kami akan usahakan yang terbaik untuk anda.
sekali lagi, terima kasih korang!!!!
anda boleh menghubungi ajen ajen kami secara terus dan menyatakan beserta dengan nama pengirim, nama penerima dan ucapan kepada:
Pijan(83) - Seoul National University
Adib(85) - Dongyang Technical College
Matin(67) - Dongyang Technical College
Yasmin(70) - Hanyang University
Eman(65) - Korea University
atau hantarkan email terus kepada kami :
thelabulabi@gmail.com
dan membuat pembayaran kepada ajen kami .
mari ramai ramai meriahkan lagi annual dinner 29008 ini dengan pelbagai request menarik dari kami. lthanks korang!!!
akhirnya yang ditunggu tunggu telah tiba.labulabi kini membawakan kepada anda request sempena PPMK annual dinner 2008. kongsi bersama kegembiraan hari tersebut terutama bersama senior tahun akhir yang bakal meninggalkan kita semua. di bawah adalah 5 items yang bakal memikat hati anda untuk diberikan kepada yang tersayang:
SET A
2500 won untuk setiap satu item
barre de'or
barre d'or yang bermaksud 'golden bar' ini kelihatan ringkas namun mewah. Merupakan satu bar coklat yang diimport khas ini bukan sahaja cair di dalam mulut, sebaliknya mencairkan hati anda. Percayalah, kami menggunakan coklat yang terbaik untuk anda.
couleurs de amor
kami menggelarkannya colors of love. hadiahkan sejambak lolypop yang berwarna warni untuk si dia atau untuk diri anda sendiri. dibaluti dengan kain organza biru dan diikat dengan riben polka dot hitam dan putih , sememangnya mampu menambat hati anda.
SET B
2000 won untuk setiap satu item.
tarte de choco
tart rangup yang enak dipenuhi dengan coklat penuh krim. dihiasi dengan parutan coklat strawberi. segar dari dapur thelabulabi.
cocktail de lavande
hadiahkan pot puri dengan wangian dari lavender kepada yang tersayang. dengan harga yang serendah ini, wangikan ruang meja anda dengan haruman semulajadi ini.
SET C
photo polariod
rakamkan kenangan anda di majlis tersebut dengan sekeping filem polaroid. tempahlah segera tiket untuk menangkap gambar di hari tersebut. dengan latar belakang menarik, anda boleh bergambar dengan yang tersayang. saiz filem adalah 2*3 inci(saiz maksimum filem polaroid) .harga: 3000 won
HARGA PROMOSI!!!
set C + mana mana set A = 5000 won
set c + mana mana set B = 4500 won
klik di siniuntuk tempahan
projek terbaru thelabulabi. nantikan kehadirannya~!!!
This is your new blog post. Click here and start typing, or drag in elements from the top bar.
mengapa anda perlu tidak boleh ketinggalan untuk mendapatkan edisi terhad kad raya ini?
1. penghantaran terus ke Malaysia
masih ada kad raya yang ditulis ketika 2 tahun lepas dalam simpanan kerana malas ke pejabat pos? kami ada penyelesaiannya.
beli kupon setem dari setiap wakil menjual kad raya kami bernilai 700won bagi setiap kad dan serahkan semula kad yang telah ditulis isi dan alamat kepada wakil kami selewat-lewatnya 14hb September 2008
kami akan hantarkan untuk anda ke Malaysia!
2. harga yang berbaloi!
satu keping = 1,500 won
satu set (5 keping) = 7,000
satu setem = 700 won
*setem adalah option
3. reka bentuk menarik
design kami seratus peratus original + tulisan korea khas (membuktikan anda beli di Korea) + suasana raya di Bumi Korea disampaikan jelas melalui design
beli dari?
hanyang- yasmin(70)
kode- eman(65)
dongyang- syahmy(85) +matin(67)
snu- pijan(83)
pembelian boleh mula dibuat pada Sabtu, 6 September ini
thanks yer kawan kawan!!!
ramadhan tiba lagi dan bakal menyusul pula syawal. sempena ramadhan yang mulia ini, sampaikan salam perantauan anda kepada yang tersayang tidak kiralah ibubapa, sanak saudara atau rakan rakan anda melalui kad raya edisi terhad dari thelabulabi .
ucapan 'selamat hari raya' mungkin bunyinya terlalu ringkas,tetapi apa salahnya jika anda sampaikannya dengan cara yang lebih bermakna dan istimewa, iaitu melalui kad istimewa dengan logo 'selamat hari raya' dalam tulisan hangul yang pastinya tidak terdapat di mana mana kad raya yang lain.
juga 'signature mark thelabulabi' yang terdapat pada setiap kad kami. menarik bukan? identiti melayu dengan rekaan moden dan diselitkan dengan imej korea. diingatkan design ini adalah seratus peratus original!!!
serta dua lagi kad yang dihiasi dengan seni fotografi dari jurufoto bertauliah kami, mc d serta diedit oleh juruedit khas kami, bertemakan raya di perantauan. pengambaran bertempat di sekitar kawasan geochok-dong dan juga dongyang technical college yang menempatkan hampir majoriti pelajar malaysia di korea

bahagian hadapan kad

bahagian belakang kad
video 'the making of...thelabulabi limited edition kad raya' bakal menemui anda tidak lama lagi!

ucapan dalam bahasa korea berserta terjemahan dalam bahasa melayu di dalam kad
klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai kad raya istimewa ini.

Memang bila namanya pelajar luar negara, anda pasti jarang sekali terlibat dengan sebarang kerja sukarela atau aktiviti kebajikan berkaitan tanah air tercinta. Kami memahami anda. Bukan kerana anda seorang yang malas atau kurang berminat, tetapi anda cuma tidak diberi peluang untuk terlibat dan niat murni hati anda itu tidak mampu disalurkan ke jalan yang benar, dan akhirnya terkubur begitu sahaja.
Menyedari hakikat betapa murninya hati anda, kami labulabi menjemput anda dengan rasa sukacita dan penuh riang gembira ke charity event yang buat julung kalinya dianjurkan di Bumi Korea ini. Mari ramai ramai datang!!!!!
konsep
Bawalah apa sahaja barang terpakai yang anda rasa masih dalam keadaan elok atau apa sahaja sumbangan ikhlas anda sebagai tiket masuk pada hari itu.Tidak perlu membungkusnya dengan cantik, kerana kami akan lakukan untuk anda sebelum menyampaikannya kepada rumah anak yatim di Malaysia dalam satu majlis khas pada bulan Ogos ini.
Pasti banyak barang anda yang masih elok tetapi tidak pernah dipakai kerana kurang sesuai dengan anda. Jadi apa salahnya, daripada dibazirkan begitu sahaja, lebih elok jika didermakan kepada mereka yang lebih memerlukan.
apa saya boleh buat kat sana?
Kami tidak akan mencuri masa anda kerana majlis in sangat ringkas dan penuh bermakna. Kami yakin anda tidak akan merasa terkilan kehilangan satu jam ketika musim peperiksaan demi aktiviti kebajikan ini.
Majlis akan dimulakan dengan kedatangan tetamu kami, iaitu ANDA SEMUA!!!dan MINUM PETANG PERCUMA menanti anda. DROP BARANGAN anda di drop section yang kami sediakan sambil dihiburkan dengan persembahan akustik ringkas dan anda boleh melawat booth kami yang menjual T-SHIRT ISTIMEWA sempena program amal ini. Lihat juga hasil seni kami seperti STENCIL, STREET ART di sana sambil beramal... okeh?
bila dan di mana?
14 JUne 2008
roof top Dongyang Kisuksa
4 petang ~ 5 petang
Kita bukanlah seorang jutawan untuk menyumbang berjuta juta won atau bukan juga penyanyi untuk menyumbangkan lagu.. jadi sumbanglah apa yang termampu untuk adik adik kecil ini. Bukan harta benda yang menjadi harapan mereka sebaliknya petanda bahawa masih ada yang sayang terhadap mereka... terima kasih kawan kawan!!!!